Haii sob kalian udah pada tau belum sejarah terjadinya Qurban
(?) untuk yang belum tau langsung aja baca … (!)
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu
Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas
dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama
Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi
Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin
mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu,
wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya,
“Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan
diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai,
keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih.
Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan
orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mau menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.“
orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mau menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.“
Walau apapun
tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas
yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi
Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara
yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan
menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah
pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun
melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya.
Baginda pun mengucapkan kalimat atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya
itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi
Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah
apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas.
Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil
bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan
amanat dari Allah S.W.T.
Sepeninggalan Nabi Ibrahim, yaitu sejak Siti
Hajar melepaskan anaknya untuk disembelih oleh baginda, dia sentiasa menangis.
Fikirannya bertambah pusing disebabkan diganggu oleh
syaitan laknat yang mengatakan kononnya Nabi Ibrahim telah gila dan sebagainya.
Pada suatu hari, dari jauh Siti
Hajar mendengar suara takbir memuhi-muji nama Allah, semakin lama semakin dekat
dan akhirnya dapatlah Siti Hajar kenali bahawa suara itu adalah suara anaknya
Ismail dan suaminya Nabi Ibrahim.
Maka dengan segera dia pergi
mendapatkan anak dan suaminya sambil bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana telab
memberi kekuatan kepadanya sehingga dia sanggup membenarkan anaknya untuk
disembelih.
Siti Hajar menangis bukanlah
disebabkan marah kepada Nabi Ibrahim tetapi hanyalah menangis seorang ibu
terhadap anaknya memandangkan dia adalah seorang wanita yang taat kepada Allah
dan tidak mudah digoda oleh syaitan.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan
surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111
Sekian semoga bermanfaat dan selamat hari raya idul adha 10
dzulhijah 1433H
0 komentar:
Posting Komentar